Masakanku
Thursday, May 25, 2006 Kari ikan bawal


Masakan kari salah satu feveret saya dan keluarga. Antaranya kari ikan bawal. Masakan kari ni saya belajar daripada mak sedara saya.

2 ekor ikan bawal sederhana besar
1 peket rempah kari ikan (tak kisah jenama apa)
2 atau 3 sudu besar cili kering kisar (jika tak mau tak apa)
1/2 labu atau 1 labu bawang besar - dihiris nipis
2 atau 3 ulas bawang putih (bil. ikut suka sebenarnya)
2 cm halia atau lebih ikut suka
1 sudu teh halba (kalau banyak ikan, blh tambah lagi)
beberapa helai daun kari ikut suka
santan kelapa (sukatan ikut suka, ikut banyak ikan dan ikut suka nak cair atau pekat)
2 biji tomato -potong 4 setiap biji atau ikut suka dan boleh lebih jika suka
garam secukup rasa
air asam jawa (jika tak mahu tak apa, sebab tomato tu dah mengeluarkan rasa masam)
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya

Cara:

- Panaskan minyak dan tumis halba dahulu

- setelah naik bau, masukkan hirisan bawang besar, bwg putih dan halia. Tumis hingga kekuningan dan naik bau

-masukkan rempah kari dan cili kering kisar(jika mahu masukkan cili kering kisar). Masukkan daun kari juga, sedikit air dan biarkan sehingga rempah tu masak dan pecah minyak.

-kemudian masukkan ikan bawal, kacau rata. Masukkan sedikit air lagi (ini pilihan). Biarkan ia mendidih lagi seketika. Kemudian masukkan santan (biasanya saya pastikan santan ni menenggelamkan seluruh ikan), tomato dan garam. Biarkan ia hingga menggelegak hingga nampak ikan sedang elok masaknya. Tutup api.


p.s. jika anda mahu terus masukkan santan tanpa air kedua tu, tak mengapa.
p.s.s jika anda mahu masukkan air asam jawa, masukkan sedikit bancuhan air asam jawa tu sebelum masukkan santan.

Posted by Kaklong Syikin :: 5/25/2006 11:46:00 PM :: 2 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------