Masakanku
Friday, November 16, 2007 Kembali

Assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya saya tak update blog ni. Kalau diumpamakan sebagai rumah, kira dah bersawang sana sini. Lama saya menghilang berkaitan dengan kesihatan saya semasa mengandung macam saya cakap dulu. Tapi ujian paling besar ialah ketika saya terjatuh daripada tangga di rumah saya yang menyebabkan kedua2 belah kaki saya terseliuh teruk. Saya bermalam di wad selama 4 hari, kemudian berkerusi roda selama dua minggu dan memakai topang ketiak selama 2 bulan lebih kurang. Dan menjadi sejarah juga bila saya menerima skrol master dalam keadaan berkerusi roda :D. Yang segan tu, saya menerima tepukan gemuruh daripada audien, barangkali mereka sangka saya ni OKU sebenarnya, walhal saya cuma terseliuh kaki sahaja. Rasa nak buat announcement aje masa tu saya tak layak dapat tepukan gemuruh sebab saya bukan OKU !. Apapun ia satu kenangan terindah pada tahun ini. Sebulan sebelum bersalin pula, saya berpeluang berurut kaki dan sejak tu, alhamdulillah dah tak pakai topang ketiak.


Dan pada 30 Sept. lalu, saya melahirkan Asmaa (anak ke 5) pada jam 11.40 mlm lbh krg. Bersalin secara normal dan mudah. Alhamdulillah. Hari ini, usianya dah 47 hari.





Berat waktu lahir: 2.8kg


Ni antara gambar terkini: 4 kilo lebih dah (maaf gambar gelap)

Labels:


Posted by Kaklong Syikin :: 11/16/2007 09:24:00 AM :: 1 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------