Friday, September 01, 2006
Roti Jala (versi ii)
Assalamualaikum
Lamanya saya tak masukkan resepi di sini. Ok, saya nak share resepi roti Jala. Sebelum ni ada dah resepinya yang saya post kat blog ni, tapi kali ni versi lain pula. Sedap rasanya. Oh ya, saya nak ucapkan terima kasih pada Mama Blogger kita, Mak Lang sebab izinkan saya siarkan resepi roti jalanya ni. Resepi yang sama ada dalam blog masakan Mak Lang juga.
Bahan-bahan:
1 kilo tepung gandum yang diayak
1 tin susu cair
1 biji telur
sedikit garam
pewarna kuning
Air lebih kurang 800ml (atau agak2 mengikut kecairan tepung)
Cara memasak:
Semua bahan dicampurkan dah kemudian diblendkan sehingga sebati.
Pastikan adunan tidak terlalu cair kerana ini menyebabkan roti jala melekat pada kuali.Sebelum roti dijalakan di atas kuali, pastikan minyak itu panas. (sapukan sedikit minyak atas kuali leper tu).
Di atas tu resepi asal Maklang. Kat bawah ni saya ubah suai sukatan sebab ahli keluarga saya tak ramai, takut membazir pula buat guna 1 kg tepungkan..
Sukatan:
2 cawan tepung gandum diayak
3/4 cawan susu cair
1 biji telur
sedikit garam (masa dah membancuh semuanya tu, cuba rasa, kalau rasa tawar adunan tu, boleh tambah garam lagi mengikut kesesuaian tekak anda)
sedikit or secubit dua serbuk kunyit (pengganti pewarna kuning sbb saya tak de pewarna tu)
1 cawan air (jika rasa pekat sampai tak keluar adunan tu drp acuan roti jala, boleh tambah sikit air lagi)
p.s. Kalau anda tak de acuan roti jala, boleh jadikannya sebagai lempeng. Inilah yang terjadi pada saya hari tu. Hehe. Punyalah bersemangat nak masak ngan kuali leper tu dah panas atas dapur, punyalah jenuh mencari, entah mana letaknya. Sudahnya saya jadikan ia lempeng, letakkan sesenduk adunan atas kuali tu sambil goyang2kan ke kiri ke kanan, atas dan bawah supaya ia jadi agak tipis. Biarkan hingga masak, then balikkan ke sebelah. Biarkan seketika, kemudian angkat.
Posted by Kaklong Syikin ::
9/01/2006 10:47:00 PM ::
2 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------