Friday, June 02, 2006
Puding karamel
Saya cukup suka puding karamel.Tapi, harganya mahal kat luar. Saya pernah beli sepotong RM 1.00.Mahalkan. Saya pernah dapat variasi resepi drp orang2 yang dikenali, tapi rasanya lebih rasa telur membuatkan saya kurang gemar. Hinggalah seorang member website Ummiku Sayang.com berkongsi resepi mudah membuat puding karamel. Saya dah mencubanya sekali dan sehingga ke hari ini, inilah resepinya yang saya gunakan.
Ini resepi asas puding karamel tu;
Bahan2 utk puding:
1 cawan susu cair atau UHT
2 sudu besar gula
2 biji telur
1 sudu teh vanila
secubit garam
Semasa menyediakan bahan2 ni, bolehlah panaskan pengukus di atas api, supaya senang bila dah siap bahan2 ni,air kukusan sedang elok menggelegak dan boleh terus mengukus.
Bahan2 utk karamel/gula hangus:
2-3 sudu besar gula dicairkan di atas api kecil (kalau besar, cepat hangus), kacau hingga cair likat dan kemudian masukkan sesudu besar atau lebih air. Ia akan nampak seakan mengeras seketika, tidak mengapa, terus mengacau perlahan sehingga gula yg nampak mengeras tadi jadi cair atau likat semula. Setelah itu angkat dan masukkan ke dalam loyang atau bekas utk dikukus.
Cara-cara utk menyediakan puding;
1. Pukul telur + gula sedikit. Tidak perlu terlalu kembang
2. Kemudian masukkan susu cair, vanilla, dan secubit garam. Kacau rata.
3. Setelah itu, masukkan adunan ini ke dalam loyang /bekas berisi karamel tadi.
4. Kukus selama 45 minit atau kurang drp itu. Kalau terlebih masak, anda akan dapati ia berbuih2. tapi tak mengapa. Untuk pastikan benar2 masak, cucuk dengan pisau, kalau rasa 'firm', ia dah masak .
5. Biarkan ia sejuk seketika.
6. Setelah sejuk, keluarkan puding drp loyang dengan cara menelangkupkan ia, barulah bahagian puding tu kedudukannya disebelah atas. Jika susah puding nak turun, cucuk pisau di sekeliling loyang itu melekangkannya. InsyaAllah, senang ia turun.
p.s. Oleh kerana adunan ni sukatannya kecil, tak perlu guna loyang besar, memadai loyang sederhana besar atau kecil, sebab kalau besar puding ni nampak leper. Kalau loyang tu kecil, puding ni akan nampak tebal dan tinggi.
p.s.s. ikut pengalaman saya, 1 tin susu cair tu boleh dpt dua sukatan cawan besar.
p.s.s. Jika anda mahu besarkan karamel puding ni, tambah sukatan sekali atau dua kali ganda sukatan asas ni. oh ya, boleh letakkan pelbagai perisa lagi mengikut kesukaan anda. Selamat mencuba.
Posted by Kaklong Syikin ::
6/02/2006 12:02:00 AM ::
7 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------