Masakanku
Thursday, June 01, 2006 Cik Mek Molek

Bismillahirrahmanirrahiim.

Sebelum saya share resepi, pertama-tamanya saya nak ucapkan sekalung terima kasih pada adik Yus yang nun di bumi UK kerana mengajar saya cara-cara nak ubah template ni. Setelah berhempas pulas satu jam lebih barulah berjaya. Hampir putus asa, tetapi semangat yang berkobar-kobar ni membuatkan saya berjaya akhirnya. Alhamdulillah. Dan bertambah semangat saya nak masukkan resepi lain pula.


Sejak kecil saya biasa makan sejenis kuih drp keledek yang berintikan gula, tapi saya tak tau namanya. Dan dah kawin ni pun, kuih ni memang antara kesukaan kami anak beranak, tapi saya masih tak tahu namanya sehinggalah saya membelek Resepi Sajian Selera keluaran Mingguan Wanita baru-baru ni (sbnrnya keluaran lama, tapi baru tengok),ada disediakan resepi kuih kegemaran saya ni, baru tau namanya Cik Mek Molek.

Bahan-bahannya:

Keledek (ikut suka keledek putih atau oren. tapi saya lebih suka oren sebab ia lebih manis dan terserah nak berapa biji)
Tepung gandum (ikut keperluan utk menguli)
Gula pasir (sebagai inti)
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Buang kulit keledek dan rebus sehingga empuk. Campurkan sedikit garam ketika merebusnya.
2. Setelah empuk, lecek keledek hingga hancur dan campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga kita boleh menjadikannya doh utk diuli. Kalau terlebih tepung takut jadi keras dan lebih rasa tepung. So, kena pandai agak.
3. Setelah itu, buat bulat2 dan leperkan utk diisi dengan gula. Banyak atau sedikit gula bergantung pada kesukaan anda. Nak manis sangat letak gula banyak, atau sebaliknya letaklah gula sedikit lbh krg 1 sudu teh. Setelah diisi gula, tutup dan gulung, tak kisahlah nak buat bulat2 macam bola atau bulat bujur. Buat hingga habis.
4. Kemudian, goreng ia sehingga warna kuning keemasan atau nampak dah boleh diangkat. Toskan seketika.
5. Jangan terkejut kalau tengah menggoreng ada yang pecah, mungkin sebab banyak sangat gula atau keledek tu dileperkan tipis sangat.

Posted by Kaklong Syikin :: 6/01/2006 11:38:00 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------