Masakanku
Friday, June 09, 2006 Terung panjang masak lemak cili api

Malam tadi pakngah dan makngah nak datang ada hal sikit ngan cik abe. Oleh kerana mereka dtg malam, maka saya berkira nak masak apa agaknya. Buntu pulak, terutama bab berkuah2 ni...terfikir samaada nak buat ikan kembung 2 ekor tu masak lemak cili api atau ikan kembung tu digoreng aje dan buat masakan berkuah yg lain. Or susah2 buat sambal ikan bilis jer. Alamak..ikan bilis pulak tinggal sejemput. Duk pikir2 tu, akhirnya saya buat terung panjang masak lemak cili api dan ikan kembung goreng. Rupanya bertambah2 pakngah makan nasi, sampai 3 kali tambah. Lega rasanya.


Bahan-bahan: (Untuk 2 org)

2-3 batang terung panjang
5-10 biji cili api (kalau suka pedas blh tambah lagi)
1 inci kunyit atau lebih ikut suka (tp kalau terbanyak sangat kunyit, jadi maung pula rasanya) atau serbuk kunyit secukupnya utk menampakkan gulai tu berwarna kuning
sejemput or sedikit ikan bilis
1 btg serai
santan kelapa secukupnya (sebaiknya sedang2 pekat)
garam secukupnya


Cara masakan

1. Terung dibelah dua dan setiap belah tu potong pendek ikut suka, samaada potong 3 or 4

2. Cili api & kunyit ditumbuk lumat. Untuk cepatkan lumat, masukkan sedikit garam.

3. Setelah lumat, masukkan serai tadi dan tumbuk sedikit biar pecah.

4. Satukan semua bahan di dalam periuk dan dijerang atas api.

5. Kalau nampak warna kuah tu tak cantik kuningnya, masukkan sedikit serbuk kunyit hingga puas hati dengan warna kuning tersebut.

6. Kacau sampai menggelegak, pastikan minyak tak pecah.tapi kalau terpecah minyak tak mengapa, cuma nampak tak cantik ajelah.

7. Setelah nampak terung jadi lembut dan garam sesedap tekak, boleh ditutup api.

8. Masakan ni sedap dimakan dengan ikan goreng atau ikan masin goreng.

Posted by Kaklong Syikin :: 6/09/2006 06:03:00 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------