Masakanku
Friday, June 09, 2006 Som som

Kalau anda nak buat kuih muih minuman petang, tetapi tak de idea nak buat apa terutamanya stok nugget, french fries dan segalanya yang segera tak ada, tetapi anda ada santan kelapa dan tepung beras...why not buat kuih som som? Simple sangat resepinya.


Bahan-bahan: (untuk 2 orang)

1 cwn tepung beras (sebaiknya diayak dahulu)
2 sudu tepung sagu atau dikenali sbg tepung ubi kayu (optional)
4 cawan santan kelapa
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan


Kuah:

Gula merah
Gula pasir
Sedikit santan utk rasa lemak (optional)
Daun pandan 1 helai
Secubit garam (optional)
Air secukupnya


Cara masakan:

1. Satukan semua bahan dalam periuk besar atau kuali besar supaya senang nak mengacau. Sebelum dihidupkan api, sebaiknya kacau dulu semua bahan tu untuk hilangkan ketul2 tepung, setelah itu baru hidupkan api.

2.Untuk permulaan, gunakan api besar tak mengapa, supaya cepat sikit ia likat. Kacau sentiasa hingga ia nampak likat dan perlahankan sedikit api.

3.Kacau sehingga ia jadi likat (pekat) dan nampak berkilat. Tujuan ia nampak berkilat supaya ia masak betul kerana som som ni mudah basi terutama kalu tak masukkan dalam peti ais. Sambil tu boleh rasa sama ada sedang elok atau tidak rasa garamnya, tapi jgn jadi termasin pulak, asalkan ia ada rasa.

4. Setelah nampak dah masak. Tutup api. Keluarkan daun pandan tadi. Masukkan adunan tu ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk. Kalau suka boleh masukkan dalam peti ais.

5. Untuk kuah, sukatan gula2 tersebut mengikut kesukaan anda. Satukan semua bahan atas api dan tutup bila ia menggelegak. Rasa manisnya kuah ni ikut selera tekak anda.

6. Bila sejuk kuih, boleh dipotong2 dan makan bersama kuah gula tu.

Selamat mencuba :)

Posted by Kaklong Syikin :: 6/09/2006 05:44:00 PM :: 3 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------