Masakanku
Monday, June 05, 2006 Ayam Daun Pandan


Pertama kali saya makan ayam daun pandan, saya terus menyukainya. Ia adalah ayam goreng yang dibalut dengan daun pandan. Saya bertanya dengan mereka yang tahu resepi ini dan saya dapati setiap daripada mereka memberikan resepi yang berbeza. Jadi, saya tahulah yang ayam daun pandan ni ada pelbagai versi bahan rempahnya.

Suatu hari, saya membeli sebuah buku masakan dwi bahasa Tasty Thai Cuisine, koleksi terpilih chef celebriti patsie cheong. Yang menariknya resepi ayam daun pandan pun disertakan sekali. Hehe..kalau maklang terbaca entri ni mesti dia tersengih sebab saya bagi tau dia dulu saya tak suka resepi yg banyak bahan2nya, tapi kali ni saya mengalah semata2 teringin sangat nak makan ayam daun pandan ni.


Ini dia bahan2nya:

Bahan A:

600g daging ayam
50 helai daun pandan besar

B: Bahan kisar

80g bwg merah
50g bwg putih
2 tangkai serai
2 tangkai pucuk ketumbar

Bahan C

Secubit garam
2 sudu sos ikan
1 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap
lada, cukup untuk dirasa
1 sudu the cili boh
1 sudu besar serbuk kurma
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar minyak


Kaedah masakan:

Perap daging ayam dengan bahan B) dan (C) selama 3 jam. Balutkan daun pandan.
Panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Masukkan ayam dan goreng sehingga ia masak.


Petua oleh Patsie Cheong:

Gunakan api sederhana semasa menggoreng ayam dulu. Kemudian besarkan api bila daun mula bertukar warna menjadi lebih gelap. Keluarkan ayam dan tapiskan minyak supaya kandungan minyaknya boleh dikurangkan.


p.s. semasa saya perapkan ayam dengan bahan2 diatas, saya tak terus balut dengan daun pandan, sebaliknya saya perap dahulu hingga 2 jam lebih, kemudian baru saya balutkan dengna daun pandan. Dan biarkan lagi dalam ½ jam. Oh ya, oleh kerana saya tidak mempunyai sos ikan, maka saya abaikan bahan tersebut, ia tidak menjejaskan rasa.

p.s.s. gunakan pencungkil gigi utk melekatkan daun2 pandan tu supaya balutan tak terbuka. Oh ya, bagaimana nak membalutnya? Hehe…saya bantai aje, asalkan menutupi daging ayam tersebut.
p.s.s.s. oh ya, gambar ayam daun pandan di atas tu bukan yg saya goreng, tetapi gambar yg dicopy dan paste kan drp internet untuk memberikan gambaran pada pembaca rupa ayam daun pandan jika belum pernah melihatnya.

Posted by Kaklong Syikin :: 6/05/2006 05:43:00 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------