Masakanku
Sunday, September 17, 2006 daun maman masak lemak cili api


1-2 ikat daun maman
1/2 ekor ayam (boleh juga daging atau ikan bilis)
5 - 10 biji cili api (boleh tambah lagi kalau suka pedas)
kunyit hidup (cukup untuk menguningkannya, tapi terlebih kunyit takut maung rasanya)
4-5 ulas bawang merah (boleh tambah lagi kalau suka)
2-3 ulas bawang putih (boleh tambah lagi kalau suka)
santan kelapa pekat secukupnya
asam keping
garam secukup rasa

Cara-caranya:

tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang merah + bawang putih sampai lumat. nak cepat lumat campurkan sedikit garam semasa menumbuk

jerang santan + ayam + bahan tumbuk + asam keping atas api. Biarkan hingga nampak kuah jadi pekat n hampir kering. Masukkan garam secukup rasa.

Kemudian masukkan daun maman tersebut. Jangan kacau kerap. Sebaiknya biarkan hingga ia sebati. Rasalah garamnya. Ini untuk mengelakkan rasanya jadi pahit nanti.

Terserah pada anda untuk jadikan santan tu kering betul macam rendang atau ada sedikit kuah.

p.s. Pastikan lauk lebih banyak daripada daun maman, sebab takut terlebih daun, gulai akan pahit.


Posted by Kaklong Syikin :: 9/17/2006 04:23:00 PM :: 1 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------