Masakanku
Saturday, October 07, 2006 Cendol

Assalamualaikum,

Dah bersawang balik blog ni. Hari iftar (berbuka puasa) pertama, saya iftar di rumah mak. Air cendol salah satu daripada minuman yang kami sediakan.Ok, saya nak kongsi cara penyediaan cendol stail saya,

Bahan A

2 bungkus isi cendol mentah
3/4 daripada 1 biji kelapa parut
air suam
garam secubit dua

Bahan B (untuk sirap cendol)

1 ketul gula melaka
2-3 sudu besar gula pasir
air
daun pandan sehelai (optional)

Bahan C

Ais ketul atau ais kisar

Cara-cara menyediakan Bahan A:

1. buang air cendol mentah tu dan masukkan cendol dalam penapis
2. Basuh cendol tersebut, tujuannya utk hilangkan bau ubat or bau pewarna cendol tersebut (pada sayalah. Sebab saya pernah terkena, minum cendol dan rasa warna isi cendol tu masih kuat lagi.)
3. toskan isi cendol tu.
4. Letakkan kelapa parut tersebut dalam blender.
(saya suka blender sebab lagi banyak santan pekat boleh diperolehi berbanding dengan perahan tangan)
5. Isi air suam (jgn air paip takut nanti sakit perut) agak2 hampir menyamai takat kelapa parut dlm blender tersebut or separuh daripada kelapa parut tu.
6.Blender sekali saja untuk dapatkan santan pekat
(saya suka blender sampai tekstur kelapa parut tu hampir hancur or hampir menjadi halus. kena check juga dua tiga kali. )
7. tapis santan kelapa pekat tu dan tak perlu blender lagi
(kecuali anda rasa santan tu masih tak cukup. tp untuk dua bungkus cendol ni, pada saya memadailah.tp, terserah pada anda)
8. masukkan isi cendol yang ditapis tadi dalam bekas yang sesuai
9. Masukkan pula santan pekat tadi hingga sedang elok tenggelam isi cendol tersebut. Kalau rasa santan tu pekat sangat, anda boleh tambah sedikit lagi air suam.
10. Masukkan secubit dua garam utk memberikan sedikit rasa lemak pada campuran cendol tersebut.
11. Sejukkan dalam peti ais atau letak di atas meja. Biarkan 1-3 jam utk sebatikan campuran cendol tersebut. jgn terlalu awal masukkan ais ketul takut nanti ia akan cair, sedangkan campuran cendol tersebut belum sebati lagi.

Sirap cendol (Bahan B)

Masukkan 1 ketul gula melaka tersebut dalam periuk kecil. tak perlu susah payah nak memotongnya.
masukkan air separuh gula melaka tersebut. Jerang atas api.
Setelah ketulan gula melaka itu cair, masukkan 2-3 sudu gula pasir. Jika anda tengok terlalu likat, anda boleh menambah sedikit air lagi, ikut suka anda utk kepekatan bagaimana. Kacau seketika. Tutup api.

Bahan C

lagi setengah jam sebelum dihidangkan, anda boleh masukkan ketulan ais ikut suka anda di dalam bekas cendol tadi. untuk sejukkan.
tp jika anda dah letak awal2 dlm peti ais, ais sejuk ni sekadar utk menambahkan sejuk lagi.


Hidangan

Sewaktu menghidang, terserah pada anda utk memasukkan semua sirap cendol tu ke dalam bekas cendol bersantan tersebut dan rasalah lemak manisnya, atau
senduk cendol bersantan itu ke dalam gelas / mangkuk dan campurkan sirap cendol tersebut mengikut manis tekak anda. Kalau nak lagi kick, masukkan lagi ketulan ais ke dalam cendol tersebut.

Nota: semasa saya menyediakan cendol ni ari tu, saya sediakan dlm jam 2 ptg lebih. lagi setengah jam nak berbuka, baru saya masukkan ketulan ais dlm campuran cendol bersantan tersebut. masa nak minum, baru saya masukkan ia dalam gelas dan banyak sikitnya sirap cendol tu mengikut manis tekak saya. tidak lupa, saya tambahkan lagi beberapa ketul ais..dan minum. hmm nikmatnya. Alhamdulillah, famili saya suka dengan rasanya.

Posted by Kaklong Syikin :: 10/07/2006 10:26:00 PM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------