Masakanku
Friday, September 22, 2006 Donut

Bersedia untuk digoreng


Goreng hingga kekuningan


Ini digoreng suku masak. Sebelum ia berwarna kekuningan, bolehlah diangkat dan ditoskan. Boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, goreng semula hingga kekuningan (tapi ada gak saya terlajak kekuningan sikit)


Bila dah siap digoreng hingga kekuningan. Salut dengan gula icing. (Maaf, gambar kurang memuaskan sebab terlebih cahaya flash)

Salam. Sebenarnyakan, setelah berbelas kali saya mencuba pelbagai resepi donut, akhirnya berjaya juga membuatnya dengan baik dan sedap. Punyalah excited. Alhamdulillah. Sampai suami pun ingat saya belinya kat kedai..heheh. Saya menggunakan resepi yang diselitkan dalam kotak tepung BLUE KEY (jenis superfine, superwhite flour). Saya ikut bulat-bulat arahan di dalamnya terutama semasa menguli doh tersebut. Barulah saya tahu, untuk mendapat donut yg baik, cara menguli itu amat penting.

Ok. ini bahan-bahannya yang tertera di dalam resepi tersebut;

1.Tepung Blue key 500 g (1/2 kotak)

2. Yis segera 6 g ( 1 1/2 sudu teh)

3. Air 210 g ( 1 cwn)

4. Garam 5 g ( 1 sudu teh)

5. Lemak/Margerin 50 g ( 1/4 cawan)

6. Gula 40 g ( 4 sudu teh) - saya guna 5 sudu teh. sesuai ngan tekak saya.

7. Telur 50 g ( 1 biji )

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk dan uli sehingga lembut. Setelah itu, bulatkan ia seperti sebiji bola

2. letakkan adunan di dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai plastik. Perapkan doh selama 1 jam sehingga ia naik (2x ganda drp asal)

3. Selepas ia naik. torak ia setebal 1.5 cm

4. Kemudian gunakan acuan donut untuk memotongnya dan letakkan kepingan donut itu di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak dan ditabur dengan sedikit tepung. Tutup dengan sehelai plastik.

5. Perap lagi selama 30-40 minit sehingga ia naik (2x ganda drp saiz asal)

6. Kemudian goreng pada suhu 190C / 375F sehingga ia kuning keemasan.

7. Sadur dengan gula icing atau kastor. Boleh juga setelah sejuk, ia disadur dengan gula icing cair, mentega yg telah dipukul hingga kembanga atau coklat cair.

Nota:

- Saya mengayak tepung & yis tu terlebih dahulu.

- jika semasa menguli ia melekat2 pada tangan hingga susah anda untuk menguli, sapukan tepung pada tangan yg menguli tu supaya ia tidak melekat lagi dan jangan tambah tepung pada doh sebab takut terlebih tepung dan ini akan mengeraskan donut. kecuali anda terlebih air, maka tambah sedikit demi sedikit ikut kesesuaian.

- plastik yg saya gunakan ialah wrap food plastik.

- Bila dah 1 jam - 2 jam, doh itu saya keluarkan dan uli semula utk buang angin, kata org. Kemudian, barulah mula mencanai dgn alat penorak tu.

- semasa mencanai tu, mmg banyak guna tepung pada alat penorak dan tpt mencanai tu supaya doh tak melekat. dan boleh juga acuan donut tu disalutkan sedikit tepung supaya donut tu senang tanggal drp acuan.

- Bila minyak panas betul, baru masukkan kepingan donut tersebut. tapi sebaiknya satu kuali tu (ikut besar kuali) jgn dipenuhkan dngn donut tu, sbb donut akan mengembang lagi semasa digoreng.

- jika anda tidak mahu menggoreng semua (acuan donut kecil boleh dpt hampir 30 biji donut), anda hendaklah goreng suku masak, dan angkat segera sblm warna kekuningan. Kemudian, bila nak makan, keluarkan dan goreng semula hingga kekuningan. Sebaiknya, jgn terus goreng, biarkan ia seketika sebelum digoreng. Donut suku masak ni boleh tahan 3 hari dalam peti sejuk, insyaAllah. Lebih daripada tu saya tak berani jamin.

Petua:

-jika anda telah menyatukan sebarang adunan yang melibatkan tepung & yis, hendaklah terus dibancuh adunan tu, kerana jika anda biarkan ia seketika, yis itu akan mati.


Posted by Kaklong Syikin :: 9/22/2006 09:41:00 PM :: 5 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------