Thursday, November 09, 2006
Inti pau :kacang merah
Rebus kacang hingga ia empuk, kemudian toskan ia.
Tumis kacang yang dikisar lumat dengan dicampur gula
Inilah hasilnya apabila pes kacang dikacau hingga hampir kering. Dah siap...
Assalamualaikum wbth..
Lamanya tak berupdate blog ni. Sebenarnya masa Ramadhan ari tu, ada gak try beberapa resepi baru, cumanya malas sangat nak blogging, naknya masukkan gambar tu take time. Ada yang dapat masukkan gambar dan ada yang tidak lagi. Ni sebenarnya nak warm up balik buat entri masakan ni.
Ok, saya nak share resepi buat inti pau kacang merah. Tapi saya masukkan gambar2nya dulu ya..resepi kemudian. Mood belum berapa kaw nak tulis panjang lebar.
UPDATE:(20 Nov 2006)
Assalamualaikum...
Lamanya saya tak update entri ni. Mood baru datang ni..sabor jeklah.Ok, ini resepi inti kacang merah untuk pau.
450g (1Ib) kacang merah
3-4 helai daun pandan
10 cawan air
1 1/2 cawan minyak
600g gula ( 1 1/2Ib) gula
1 camca teh esen vanila
Cara-cara:
1. Bersihkan kacang merah dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air
2.Masak selama 40 minit sehingga kacang empuk
3. Angkat kacang dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat. Jika terlalu kering dan payah hendak dikisar, campurkan sedikit air panas.
4. Panaskan minyak di kuali. Tuangkan kacang dan masukkan gula. Masak dengan dikacau selalu sehingga pes kacang hampir kering.
5. Masukkan esen vanila. Keluarkan ke dalam mangkuk dan sejukkan.
6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bila sejuk buatkan guli2 kecil dengan digolek secamca teh inti kacang di atas tapak tangan.
Tambahan:
-saya tak rebus kacang merah ni di dalam periuk tekanan, sebaliknya menggunakan periuk biasa sahaja. Memang lambat empuk. Jadinya setiap kali air rebusan hampir kering, saya tambah air hinggalah ia jadi empuk (lembut bila dipicit).
- untuk pertama kali mencuba, sebaiknya anda buat separuh drp sukatan asal, takut2 tak jadi bila membuatnya.
Posted by Kaklong Syikin ::
11/09/2006 09:41:00 PM ::
2 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------