Wednesday, May 31, 2006
Roti jala
Atas permintaan Simah yang nun jauh di bumi Turki. Saya masukkan resepi roti jala. Resepi ni saya ambil drp buku resepi Jamuan Teh Pilihan oleh tukang masak terkenal Betty Yew. Saya dah try resepi ni dan alhamdulillah, ia sedap. Tapi simah, nak 'menjala' tu kena praktis banyak kali baru cantik betul...saya masih lagi perbaiki kemahiran 'menjala' nih, hehe.
Simah, resepi ni bulat2 saya ambil drp buku tu tau :)
Bahan-bahannya:
2 cwn tepung gandum
1/2 camcateh garam
2 butir telur, dipukul
2 1/2 cawan santan dr 1/2 biji kelapa parut.
Cara-cara
1. Ayak tepung dalam mangkuk dan masukkan garam.
2. Masukkan telur dan santan, pukul hingga sebati dan licin. tapis jika adunan bergentel
3. Gris dan panaskan kuali yg tidak melekat (sebaiknya kuali jenis leper tu mcm kuali masak roti canai). masukkan sesenduk adunan kedalam acuan roti jala dan pusingkan acuan supaya dpt bentuk jala. Biarkan ia hingga masak.
4. Setelah sejuk, lipat dua atau gulungkan roti jala tu.
p.s. Simah, kena pastikan adunan ni tidak pekat sebab nanti ia tak blh turun ke bawah sebab tersumbat...pastikan ia cairlah. Ia sedap dicicah dengan kari ayam.tapi kalau kari daging or ikan pun sedap juga, ini ikut tekak sayalah.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/31/2006 05:08:00 PM ::
2 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Saturday, May 27, 2006
Kobis goreng ala mamak
Resepi ni saya dapat drp mak saudara saya dah lama. tapi baru beberapa minggu lepas saya cuba buat. mmg kena ngan selera saya :). Oh ya, masakan ni sedap dimakan dengan kari ikan bawal or apa2 jenis masakan kari.
Bahan-bahan ni utk 2 orang makan;
Sebelah kobis sederhana besar
1 sudu teh biji sawi (biji ni warna hitam kecil)
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih-dihiris
2-3 helai daun kari
1 biji lada merah-dihiris
sedikit serbuk kuning utk pewarna
garam secukup rasa
sedikit air
Cara-cara
1. kobis dipotong-potong nipis panjang atau kecil, jgn potong besar, kata mak sedara kurang umpph
2. Tumis bahan2 hirisan sampai kekuningan
3. kemudian masukkan biji sawi, serbuk kunyit dan daun kari, dan kacau hingga naik bau.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan kobis dan kacau rata, tambah air jika suka. setelah puas hati dengan rasa dan nampak masak, tutup api.
p.s. masakan ni mmg asas tanpa ada perencah tambahan seperti ikan bilis, atau udang kecil. Jika suka, bolehlah masukkan juga.
p.s.s. jika suka boleh juga masukkan kiub ikan bilis.
p.s.s.s. juga boleh ditambah sos tiram.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/27/2006 04:55:00 PM ::
4 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
kuih kacang hijau
hmm.. saya tak tau apa nama sebenar kuih yang diperbuat drp kacang hijau ni, tp saya gelarkan ia kuih kacang.
Bahan-bahan untuk kuih:
kacang hijau (ikut sukatan sendiri ya)
tepung gandum (sukatan ikut keperluan)
gula pasir (ikut manis tekak)
Bancuhan tepung untuk menggoreng:
tepung gandum (sukatan sendiri)
air secukupnya (utk pekat, sedikit air.Untuk cair, banyakkan air)
garam secukupnya
secubit dua serbuk kunyit sebagai pewarna (jika suka)
Cara-cara:
-rebus kacang hijau sampai empuk, kalau air dah kering, tambah air lagi sampai empuk(stail saya sampai kembang dan nampak pecah2).
-bila kacang dah empuk dan air rebusan kering, ketika ini, perlahankan api dapur atau boleh juga ditutup.
- kemudian, masukkan gula ikut manis tekak dan gaul mesra.
-kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata hingga kacang melekat antara satu sama lain.
(Tujuan utama tepung adalah utk membolehkan kacang tu diuli dan dikepal2. Kalau terlebih tepung, bila ia digoreng, ia akan keras dan dicampak ke dinding tak pecah ;). lagi satu, nanti akan terasa lebih tepung dan kacangnya kurang terasa. )
-biarkan ia sejuk.
- setelah sejuk, bolehlah membuat kepalan2 kecil (bulat2kan kemudian leperkan ia ngan tapak tangan, ikut suka nak tebal atau nipis. Kalau masa mengepal tu ia melekat2 kat tapak tangan, sapukan tapak tangan tu dengan tepung gandum. buat hingga selesai.
cara2 bancuhan tepung : satukan semua bahan sekali, rasa masinnya. ikut kesukaan tekak.
Menggoreng: panaskan minyak dan celupkan kepalan kacang tu kedalam bancuhan dan goreng ia sampai kekuningan atau nampak salutan tepung tu dah masak.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/27/2006 04:01:00 PM ::
2 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Bubur durian
Bubur ni versi saya :)
Bahan-bahannya:
kacang hijau (sukatan ikut suka sendiri)
santan kelapa secukupnya (kalau boleh biar dpt menenggelamkan kacang hijau tu)
5 atau 6 ulas durian (kalau suka banyak blh tambah lagi dan ia bergantung pada banyak mana sebenarnya kacang hijau tu)
gula merah (optional)
gula putih (ikut semanis tekak)
daun pandan 1 helai
secubit garam
Cara-cara:
- Rebus empuk kacang hijau (stail saya, biasanya sampai kacang tu mengembang dan jadi seakan pecah2)
- setelah itu. Satukan semua bahan diatas dan jerang atas dapur.
-jika mahu menggunakan gula merah, sama ada ia sama sukatan dengan gula putih atau lebihkan sukatan gula putih atau kurangkan sukatan gula putih tu. Ikut kesukaan tekak masing2)
-kalau isi durian tu dah nampak terlerai daripada bijinya, boleh ditutup api. Dan lagi satu, bau durian tu dah semerbak wangi, petanda juga ia dah boleh ditutup api.
- kalau dibiar terlalu lama atas api, bubur akan jadi terlalu pekat. Kalau ini berlaku, blh tambah santan cair atau air suam atau panas.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/27/2006 03:44:00 PM ::
5 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Pengat labu
Pengat labu ni versi saya :)
bahan-bahan utk 2 - 3 orang.
Bahan-bahan
1/2 biji labu sederhana besar
santan kelapa secukupnya
1 senduk gula perang (ikut suka senduk besar atau kecil)
2 senduk gula putih (sama spt di atas)
secubit garam
sehelai daun pandan
Cara-cara:
-rebus separuh empuk labu( cucuk ngan garfu, taulah ia empuk atau tidak, jgn sampai ia terlalu lembut, nanti blh hancur)
-setelah tu, satukan semua bahan di atas. kalau air rebusan masih ada, masukkan jer santan pekat dlm air rebusan tu. kalau tak de guna jer santan pekat tu. kalau tak mo pekat sangat, tambah air sedikit. biarkan ia menggelegak. rasakan manis lemaknya.mana2 jenis gula tu blh ditambah ikut suka, dan tutup api jika dah nampak sedia masak, terutama kalau labu tu dah nampak lembik.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/27/2006 01:28:00 PM ::
0 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Friday, May 26, 2006
Ikan masak taucu
Bahan-bahan ini utk 2-3 orang.
2 - 3 ekor ikan kembung atau beberapa ketul ikan tenggiri
1 biji labu bawang besar
1 biji lada besar hijau
1 biji lada besar merah
sehiris dua halia (pilihan)
2-4 sudu besar taucu (saya biasa guna jenama Tamin)
gula secukupnya
sedikit air asam jawa
air secukupnya
Cara-caranya:
- ikan digoreng, tak perlu garing (jika suka garing, tak mengapa, cumanya takut isi ikan rasa keras nanti)
- bwg besar, cili hijau dan merah dihiris
-tumis bahan2 hiris sampai kekuningan
-kemudian masukkan taucu, kacau rata
- masukkan sedikit air asam jawa dlm satu sudu teh atau lebih ikut suka
-masukkan air jika suka berkuah banyak dan tambah gula sesedap rasa
-oleh kerana taucu ni masin, tak perlu tambah garam, kecuali jika air terbanyak dimasukkan, maka garam boleh ditambah sedikit dan sesedap tekak.
-tutup api setelah semua sebati dengan baik.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/26/2006 10:48:00 PM ::
0 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Labu kuning masak lemak cili api
Persiapan bahan-bahan ni utk 2 -3 orang.
Bahan-bahannya:
1/2 biji labu kuning sederhana besar
5-10 biji cili api (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1- 2 cm kunyit hidup (jika suka warna kuning kuat, blh tambah lagi tapi pastikan rasa tak maung nanti)
santan kelapa secukupnya
sehelai daun kunyit (daun besar atau kecil bergantung pada kesesuaian)- disiat dua
garam secukupnya
Cara-caranya:
-labu direbus separuh empuk.blh dimasukkan sedikit garam
-cili api + kunyit ditumbuk lumat (kalau nak cepat lumat masukkan sedikit garam)
- satukan semua bahan diatas dan jerang atas api. Biarkan menggelegak. Kalau tak mahu pecah minyak, kacau sentiasa. Rasa kuah tu ikut kesedapan tekak, cukup atau tidak masinnya.
p.s. Air rebusan labu tu blh digunakan sbg tambahan kepada santan pekat.
p.s.s. Kalau guna serbuk santan peket tu, campur jer dlm air rebusan labu tu.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/26/2006 10:17:00 PM ::
2 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Thursday, May 25, 2006
Kari ikan bawal
Masakan kari salah satu feveret saya dan keluarga. Antaranya kari ikan bawal. Masakan kari ni saya belajar daripada mak sedara saya.
2 ekor ikan bawal sederhana besar
1 peket rempah kari ikan (tak kisah jenama apa)
2 atau 3 sudu besar cili kering kisar (jika tak mau tak apa)
1/2 labu atau 1 labu bawang besar - dihiris nipis
2 atau 3 ulas bawang putih (bil. ikut suka sebenarnya)
2 cm halia atau lebih ikut suka
1 sudu teh halba (kalau banyak ikan, blh tambah lagi)
beberapa helai daun kari ikut suka
santan kelapa (sukatan ikut suka, ikut banyak ikan dan ikut suka nak cair atau pekat)
2 biji tomato -potong 4 setiap biji atau ikut suka dan boleh lebih jika suka
garam secukup rasa
air asam jawa (jika tak mahu tak apa, sebab tomato tu dah mengeluarkan rasa masam)
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
Cara:
- Panaskan minyak dan tumis halba dahulu
- setelah naik bau, masukkan hirisan bawang besar, bwg putih dan halia. Tumis hingga kekuningan dan naik bau
-masukkan rempah kari dan cili kering kisar(jika mahu masukkan cili kering kisar). Masukkan daun kari juga, sedikit air dan biarkan sehingga rempah tu masak dan pecah minyak.
-kemudian masukkan ikan bawal, kacau rata. Masukkan sedikit air lagi (ini pilihan). Biarkan ia mendidih lagi seketika. Kemudian masukkan santan (biasanya saya pastikan santan ni menenggelamkan seluruh ikan), tomato dan garam. Biarkan ia hingga menggelegak hingga nampak ikan sedang elok masaknya. Tutup api.
p.s. jika anda mahu terus masukkan santan tanpa air kedua tu, tak mengapa.
p.s.s jika anda mahu masukkan air asam jawa, masukkan sedikit bancuhan air asam jawa tu sebelum masukkan santan.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/25/2006 11:46:00 PM ::
2 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Tuesday, May 23, 2006
kacang panjang + udang masak lemak cili api
Hari ni saya tergerak nak masak kacang panjang campur udang masak lemak cili api. Oleh kerana saya dan suami jer yang dewasa, masakan saya selalunya kuantiti sikit, jadi sukatan bahan masakan pun sedikitlah.
5 atau 6 btg kacang panjang atau kacang buncis
5-10 biji cili api (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
3 or 4 cm kunyit hidup
6-10 ekor udang kertas sederhana besar / udang harimau
1/2 biji kelapa parut
1 biji bawang merah - dihiris2
1 keping kecil asam keping (kalau banyak kacang panjang n udang, bolehlah besar sedikit asam keping tu)
garam secukup rasa
p.s. Terserah pada anda untuk memekatkan kuah tersebut atau mencairkannya.
Cara:
-kacang panjang atau kacang buncis di potong ikut suka.
-cili api dan kunyit hidup ditumbuk lumat. petua nak cepat lumat, masukkan sedikit garam utk mempercepatkan proses melumat.
-udang dibuang kepala, ekor dan kulit. Tapi kalau suka kulit, dikekalkan tak mengapa.
-santan kelapa tu terserah nak bahagi kepada pekat dan cair. tp saya campur sekali terus. Masak lemak cili api sebaiknya berkuah pekat. baru kick.
-campurkan semua bahan ni dalam satu periuk dan biarkan hingga menggelegak. Letakkan garam sesedap tekak sendiri. Setelah kacang empuk bolehlah ditutup api.
p.s. masak lemak cili api saya ni stail org nogori tak de tumis2.
p.s.s. masak lemak cili api ni sedap dimakan sekali dengan ikan kembung goreng. ikan lain pun boleh juga, tapi paling best ngan ikan kembung goreng. oh ya, ikan masin pun boleh. layan jerlah...
Posted by Kaklong Syikin ::
5/23/2006 06:50:00 PM ::
0 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------
Ikan keli goreng bercili
Ok, semalam saya masak ikan keli goreng bercili versi saya :)
2 ekor keli (dilumur dengan garam & serbuk kunyit)
5 ulas bawang merah ) tumbuk / blender
3 ulas bawang putih ) bersama-sama
3 atau 4 batang lada besar - tumbuk / blender (stail saya, blender asing drp bawang, sbb nak ia diblender agak kasar)
1 sudu teh sos tiram - jika suka
garam secukup rasa
gula -jika suka
minyak untuk menumis - ikut suka banyak mana, kalua suka berminyak2 letak banyak.
Cara:
- ikan keli digoreng seperti biasa
- tumis bawang2 sampai kuning, kemudian masukkan lada besar yang diblender. kacau hingga nampak agak garing atau ikut cita rasa masing2. (Ada yang suka nampak berkuah boleh tambah sedikit air atau sebaiknya lebihkan minyak sedikit)
- masukkan sos tiram, garam secukup rasa dan gula jika suka.
-masukkan ikan, kacau hingga mesra ikan dan sambalnya. Tutup api.
p.s. Maaf tiada gambar.
Posted by Kaklong Syikin ::
5/23/2006 10:19:00 AM ::
0 comments
Post / Read Comments
---------------oOo---------------