Masakanku
Friday, September 22, 2006 Donut

Bersedia untuk digoreng


Goreng hingga kekuningan


Ini digoreng suku masak. Sebelum ia berwarna kekuningan, bolehlah diangkat dan ditoskan. Boleh simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, goreng semula hingga kekuningan (tapi ada gak saya terlajak kekuningan sikit)


Bila dah siap digoreng hingga kekuningan. Salut dengan gula icing. (Maaf, gambar kurang memuaskan sebab terlebih cahaya flash)

Salam. Sebenarnyakan, setelah berbelas kali saya mencuba pelbagai resepi donut, akhirnya berjaya juga membuatnya dengan baik dan sedap. Punyalah excited. Alhamdulillah. Sampai suami pun ingat saya belinya kat kedai..heheh. Saya menggunakan resepi yang diselitkan dalam kotak tepung BLUE KEY (jenis superfine, superwhite flour). Saya ikut bulat-bulat arahan di dalamnya terutama semasa menguli doh tersebut. Barulah saya tahu, untuk mendapat donut yg baik, cara menguli itu amat penting.

Ok. ini bahan-bahannya yang tertera di dalam resepi tersebut;

1.Tepung Blue key 500 g (1/2 kotak)

2. Yis segera 6 g ( 1 1/2 sudu teh)

3. Air 210 g ( 1 cwn)

4. Garam 5 g ( 1 sudu teh)

5. Lemak/Margerin 50 g ( 1/4 cawan)

6. Gula 40 g ( 4 sudu teh) - saya guna 5 sudu teh. sesuai ngan tekak saya.

7. Telur 50 g ( 1 biji )

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 ke dalam mangkuk dan uli sehingga lembut. Setelah itu, bulatkan ia seperti sebiji bola

2. letakkan adunan di dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai plastik. Perapkan doh selama 1 jam sehingga ia naik (2x ganda drp asal)

3. Selepas ia naik. torak ia setebal 1.5 cm

4. Kemudian gunakan acuan donut untuk memotongnya dan letakkan kepingan donut itu di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak dan ditabur dengan sedikit tepung. Tutup dengan sehelai plastik.

5. Perap lagi selama 30-40 minit sehingga ia naik (2x ganda drp saiz asal)

6. Kemudian goreng pada suhu 190C / 375F sehingga ia kuning keemasan.

7. Sadur dengan gula icing atau kastor. Boleh juga setelah sejuk, ia disadur dengan gula icing cair, mentega yg telah dipukul hingga kembanga atau coklat cair.

Nota:

- Saya mengayak tepung & yis tu terlebih dahulu.

- jika semasa menguli ia melekat2 pada tangan hingga susah anda untuk menguli, sapukan tepung pada tangan yg menguli tu supaya ia tidak melekat lagi dan jangan tambah tepung pada doh sebab takut terlebih tepung dan ini akan mengeraskan donut. kecuali anda terlebih air, maka tambah sedikit demi sedikit ikut kesesuaian.

- plastik yg saya gunakan ialah wrap food plastik.

- Bila dah 1 jam - 2 jam, doh itu saya keluarkan dan uli semula utk buang angin, kata org. Kemudian, barulah mula mencanai dgn alat penorak tu.

- semasa mencanai tu, mmg banyak guna tepung pada alat penorak dan tpt mencanai tu supaya doh tak melekat. dan boleh juga acuan donut tu disalutkan sedikit tepung supaya donut tu senang tanggal drp acuan.

- Bila minyak panas betul, baru masukkan kepingan donut tersebut. tapi sebaiknya satu kuali tu (ikut besar kuali) jgn dipenuhkan dngn donut tu, sbb donut akan mengembang lagi semasa digoreng.

- jika anda tidak mahu menggoreng semua (acuan donut kecil boleh dpt hampir 30 biji donut), anda hendaklah goreng suku masak, dan angkat segera sblm warna kekuningan. Kemudian, bila nak makan, keluarkan dan goreng semula hingga kekuningan. Sebaiknya, jgn terus goreng, biarkan ia seketika sebelum digoreng. Donut suku masak ni boleh tahan 3 hari dalam peti sejuk, insyaAllah. Lebih daripada tu saya tak berani jamin.

Petua:

-jika anda telah menyatukan sebarang adunan yang melibatkan tepung & yis, hendaklah terus dibancuh adunan tu, kerana jika anda biarkan ia seketika, yis itu akan mati.


Posted by Kaklong Syikin :: 9/22/2006 09:41:00 PM :: 5 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Wednesday, September 20, 2006 Puri

Selepas dibiarkan selama 30 minit, satu doh yang besar dijadikan doh-doh kecil.
Kena guna banyak tepung semasa menoraknya.


Terserah pada anda untuk menorak nipis atau tebal


Semasa menggoreng, ia akan menggelembung, masa ni bolehlah tukar ke sebelah lagi.


Tadaa...dah siap. Inilah rupanya. Tapi Mamafami punya lagi cantik naik dan gebu. Time panas ni sedap dimakan. Boleh dimakan begitu sahaja.

Salam. Resepi puri ni saya ambil drp http://mamafami.fotopages.com/?entry=889617. Saya dah mencubanya pada hari Ahad lalu. Alhamdulillah jadi seperti gambar2 di atas. Tapi tak secantik yg Mamafami punya. Maybe sbb saya roll nipis sangat. Tak pe, next time cuba lagi. Yang pasti, rasanya ala-ala roti canai dan sedap dimakan ketika panas lagi. Kalau dah lama, ia macam liat-liat sikit.

Resepi ni saya copy n paste aje bulat2 drp fotopages Mamafami, malas nak terjemah hehe.

PURI Ingredients :

200 g flour

30 g margarine

1/2 teaspoon salt

60 ml lukewarm water

70 ml lukewarm fresh milk oil for frying

Method :

1. Rub flour, margarine and salt.

2. Pour in water and milk, little at a time.

3. Knead till a soft dough is formed, about 10 - 12 minutes.

4. Rub a bit of oil on the dough surface and cover with a clean towel. Leave to rest for 30 minutes.

5. Knead again and make into small balls of 15 to 20 grams each.

6. Roll flat and fry in medium heat till golden brown. The puri would puff up.

7. Remove from oil and place on a kitchen towel.

Note oleh Mamafami:

1. I used extra liquid in the dough.

2. This recipe yields 15 Puri.

Note oleh saya sendiri:

1. Kalau air tak cukup untuk uli doh, sila tambah sedikit demi sedikit samalah ngan Mamafami.

2. Saya menutup bekas doh tersebut dengan wrapping plastik dan bukan towel semasa membiarkan doh itu seketika selama 30 minit.

3.Waktu rolling tu mmg kena guna banyak tepung atas penorak dan chopping board tu utk memudahkan rolling.

4. Samalah bilangan puri saya dan Mamafami tu.


Posted by Kaklong Syikin :: 9/20/2006 01:13:00 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Sunday, September 17, 2006 daun maman masak lemak cili api


1-2 ikat daun maman
1/2 ekor ayam (boleh juga daging atau ikan bilis)
5 - 10 biji cili api (boleh tambah lagi kalau suka pedas)
kunyit hidup (cukup untuk menguningkannya, tapi terlebih kunyit takut maung rasanya)
4-5 ulas bawang merah (boleh tambah lagi kalau suka)
2-3 ulas bawang putih (boleh tambah lagi kalau suka)
santan kelapa pekat secukupnya
asam keping
garam secukup rasa

Cara-caranya:

tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang merah + bawang putih sampai lumat. nak cepat lumat campurkan sedikit garam semasa menumbuk

jerang santan + ayam + bahan tumbuk + asam keping atas api. Biarkan hingga nampak kuah jadi pekat n hampir kering. Masukkan garam secukup rasa.

Kemudian masukkan daun maman tersebut. Jangan kacau kerap. Sebaiknya biarkan hingga ia sebati. Rasalah garamnya. Ini untuk mengelakkan rasanya jadi pahit nanti.

Terserah pada anda untuk jadikan santan tu kering betul macam rendang atau ada sedikit kuah.

p.s. Pastikan lauk lebih banyak daripada daun maman, sebab takut terlebih daun, gulai akan pahit.


Posted by Kaklong Syikin :: 9/17/2006 04:23:00 PM :: 1 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Gambar lempeng pisang

Adunan lempeng

Letakkan sesenduk adunan ke atas kuali leper. Terserah pada anda untuk buat size bulat besar manapun. Biarkan ia hingga keluar buih. Kemudian balikkan ia ke sebelah. Biarkan seketika. Boleh balikkan semula untuk melihat bahagian bawah tu dah warna kekuningan atau belum.


Setelah kekuningan, bolehlah diangkat.

Untuk resepinya sila ke http://masakansyikin.blogspot.com/2006/09/lempeng-pisang.html


Posted by Kaklong Syikin :: 9/17/2006 02:08:00 PM :: 1 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Thursday, September 14, 2006 Lempeng pisang

Assalamualaikum,

alahai...bersawang dah blog ni.

Saya nak kongsi resepi lempeng yang nama glemernya pancake. Saya ambil resepi asal drp buku MAKANLAH SAYANG oleh DR. FATIMAH ARSHAD.

Bahan2nya;

2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar
2 camca besar margerin
2 camca besar gula 6 camca teh baking powder
secubit garam

bahan tambahan oleh saya sendiri:

1-2 cawan pisang lenyek


Cara2nya:

1.Ayak tepung dengan baking powder
2. Pukul telur hingga kembang
3. Masukkan gula & pukul lagi
4. Masukkan semua bahan kecuali margerin dan gaul/pukul hingga basah rata (jangan dipukul keterlaluan)
5. Panaskan kuali leper & sapukan margerin
6. Curahkan 1/2 cawan adunan
7. Apabila keluar buih, balikkan.
6. biarkan hingga kekuningan.


Kata penulis buku ini, ia sesuai dimakan dengan madu lebah atau sirap gula selepas disapu dengan margerin. (Hari tu saya tak sapu apa2 pun sebab dah dicampur dengan pisang. So ada perasa pisanglah)

p.s. Gambar ada, tapi tak reti nak pindahkan drp hp suami ke pc. Tunggu dia free untuk downloadkan. Nantilah ya.

Posted by Kaklong Syikin :: 9/14/2006 07:58:00 AM :: 0 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------

Friday, September 01, 2006 Roti Jala (versi ii)

Assalamualaikum

Lamanya saya tak masukkan resepi di sini. Ok, saya nak share resepi roti Jala. Sebelum ni ada dah resepinya yang saya post kat blog ni, tapi kali ni versi lain pula. Sedap rasanya. Oh ya, saya nak ucapkan terima kasih pada Mama Blogger kita, Mak Lang sebab izinkan saya siarkan resepi roti jalanya ni. Resepi yang sama ada dalam blog masakan Mak Lang juga.

Bahan-bahan:

1 kilo tepung gandum yang diayak
1 tin susu cair
1 biji telur

sedikit garam
pewarna kuning
Air lebih kurang 800ml (atau agak2 mengikut kecairan tepung)

Cara memasak:

Semua bahan dicampurkan dah kemudian diblendkan sehingga sebati.
Pastikan adunan tidak terlalu cair kerana ini menyebabkan roti jala melekat pada kuali.Sebelum roti dijalakan di atas kuali, pastikan minyak itu panas. (sapukan sedikit minyak atas kuali leper tu).



Di atas tu resepi asal Maklang. Kat bawah ni saya ubah suai sukatan sebab ahli keluarga saya tak ramai, takut membazir pula buat guna 1 kg tepungkan..

Sukatan:

2 cawan tepung gandum diayak
3/4 cawan susu cair
1 biji telur
sedikit garam (masa dah membancuh semuanya tu, cuba rasa, kalau rasa tawar adunan tu, boleh tambah garam lagi mengikut kesesuaian tekak anda)
sedikit or secubit dua serbuk kunyit (pengganti pewarna kuning sbb saya tak de pewarna tu)
1 cawan air (jika rasa pekat sampai tak keluar adunan tu drp acuan roti jala, boleh tambah sikit air lagi)


p.s. Kalau anda tak de acuan roti jala, boleh jadikannya sebagai lempeng. Inilah yang terjadi pada saya hari tu. Hehe. Punyalah bersemangat nak masak ngan kuali leper tu dah panas atas dapur, punyalah jenuh mencari, entah mana letaknya. Sudahnya saya jadikan ia lempeng, letakkan sesenduk adunan atas kuali tu sambil goyang2kan ke kiri ke kanan, atas dan bawah supaya ia jadi agak tipis. Biarkan hingga masak, then balikkan ke sebelah. Biarkan seketika, kemudian angkat.



Posted by Kaklong Syikin :: 9/01/2006 10:47:00 PM :: 2 comments

Post / Read Comments

---------------oOo---------------